Wednesday, 6 February 2013

Wishlist ! :D

Assalamualaikum semua !

semangat semangat! Ini lah barisan kita..yang ikhlas berjuang..siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi..wah wah mentang-mentang kau tengok bola semalam, semangat sampai pagi nie ye cik bedah. muehehe. Okay bola kalah semalam dengan Qatar..Tak pelah, tak ada rezeki. Lagi pun player Qatar nie semua tinggi-tinggi langkah lari punya lah lebar. Player kita lari dua langkah. Player Qatar plak lari satu langkah. Tak terkejar dik oi (cakap macam tahu sangat je pasal bola.tett..) Next game Malaysia vs Yaman, stadium Bukit jalil pada 22 March. Jangan lupa tengok (dah macam aku nie duta FAM plak). Pegi tanda kat kalender cepat. Hehe.

Hello semua ! Bonjour ! Ha rasanya tak terlambat lagi kot aku nak cakap pasal wish list aku. Eh eh dah kenapa aku macam main terjah laju semacam je ni? aku kan pelumba A1. Zzzz. korang mesti tak tahu kan? *krik krik krik* (bunyi cengkerik) . tak pe tak pe nie rahsia. korang je yang tahu taw. diam-diam eh? haha.

Mai mai nak bagi tahu wish list aku tahun nie. Tapi sebelum tu korang semua mesti ada wishlist dari awal-awal kan?pada yg tak ada tu tak pe, wishlist nie bukan nya apa saja konon nya bertujuan menaikkan semangat utk capai target tu. Sebenarnya aku pun baru terpkir pasal nie. kesian aku. Orang lain dah sampai ke bulan, aku terkapai-kapai naik sampan lagi. Sobsob. Tak pe lah, janji ada semangat wishlist utk di capai. Tak gitu kawan-kawan? angguk cepat!? (lagak bagaikan pemerintah diktator ala-ala Hitler) muehehe. bagus-bagus. macam tu lah.

Wishlist,

Pertama : harap sangat dapat sampai ke Tanah suci Mekah :) aminn..insyaAllah. semestinya nak ke arah yang lebih baik. Memperbaiki diri utk jadi a good Muslim (muka senyum innocent) hehe.

Kedua : nak lulus JPJ test. Ishh ishh cakap pasal nie, seram sampai naik bulu roma aku. Harap-harap la lulus. Uolls tak tahu sampai ketar lutut iolls nie blja driving. Punya lah nervous tu nak bagi tahu. Bhahaha.

Ketiga : hoping to get good cgpa in my first sem till final sem.InsyaAllah. Wanna make my parents proud of me.

Keempat : kalau yg keempat nie nak kahwin boleh?hahaha. Berangan je lah kau Bella. Bf pun tak ada. (patutnya wishlist nie kene letak last sekali).

Kelima : nak sangat pegi Istanbul. Tengok cerita yg Lisa Surihani berlakon tu terus teruja. Tempat-tempat dia alahai cantik sangat. Culture dia. Sejarah dia. Semua lah best !

Ha tu lah dia tuan-tuan dan puan-puan wishlist saya. Ada lagi, tapi yg tu je lah kot dulu.

P/s : abaikan wishlist yg keempat tu. saja je nak buat lawak. Lawak ke?haha langsung tak. Sebenarnya nk bagi korang suspen je. Hikhik.

Okay till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment