Sunday 3 February 2013

Aktiviti harian. :)

Assalamualaikum..

Sambil tunggu masuk untuk sambung blaja bulan 4 nie, rasanya aku dah duduk rumah dalam 6 bulan. Dalam erti kata lain, tanam anggur yg memang tak berbuah. Muehehe. Ibu cakap tak payah keje, tunggu je terus masuk belajar. okay, saya menurut perintah Puan besar hehe. dalam hati, kemain suka lagi dapat duduk rumah rehat sebelum busy masuk blja menuntut ilmu. mihmih. Mesti korang ingat aku duduk rumah rileks boleh golek-golek atas katil lama-lama kan?nope, salah. Jawapan anda semua salah. Eceh. Cuti kan, ini lar keje aku. Biasalah ghumah takde orang gaji. Aku duduk rumah pun macam orang bekerja. Cuma kelebihannya dapat tengok tv. Orang kerja mana nak dapat tgk tv. Nanti tengok tv, tak pasal-pasal bos potong gaji kau. Bhahaha. Aktiviti aku hari-hari macam biasa lah bangun solat subuh, mandi, tengok 'Tanyalah Ustaz', tgk 'Rasul yg kata' dan tgk 'Upin Ipin' (nampak tu punya lah pagi-pagi tv aku dah bekerja keras) .Ekeke. Tak pe2 pagi-pagi tengok ceramah ilmu agama berkat sikit hehe. by the time start rancangan 'Tanyalah Ustaz' tu aku mesin baju dulu. so nanti dah abis upin ipin terus jemur. jimat masa kat situ. ekeke. apa punya jimat lah..Ha lepas tu keluar lah aku dari kepompong jemur kain sambil borak-borak dengan nenek jiran sebelah. Bila dah borak, kemain lama lagi nak berenti. Sekurang-kurangnya nenek tak de lah bosan duduk rumah sorang-sorang. Nasib ada aku yg tanam anggur kat rumah sekarang nie. Boleh buat peneman berbual di kala pagi hari untuk menceriakan hari. Dah macam tulis novel pulak aku rasa.

lepas tu, aku mulakan lah keje aku yg terbengkalai malai dek terlalu khusyuk berborak dengan nenek. jadi bermula lah aktiviti cleaning mngemas dan sebagainya..Vacuum..menyapu..lap-lap perabot..hamboii, kemain rajin lagi. Hahaha anak sape lar nie. Boleh lar lepas nie sape-sape nak isi borang. hahaha. Lepas dah siap semua tu baru aku rileks tgk tv. nie part yg paling aku suka nie. Rileks rehat-rehat duduk di atas sofa yg sgt empuk sambil menonton tv. nasib tak de pop corn, kang dah macam tgk wayang plak haku. Bila dah tengah hari, baru masuk dapur memasak dengan hati yg girang. Lalalalala~

Kadang-kadang kalau mak cik aku keje, aku tolong jaga anak-anak dia. See, aku pun busy mcm org kje tahu. Busy amik lesen kete lagi. Wah wah wah..mcm busy sgt je kau Bella. Mihmih. Busy lar jgk tu, at least terluang jgk masa aku duduk rumah ada budak dua orang tu. si adik nie manja sgt, anak last kan. Si abang plak suka sgt tgk tv smpi macam nak masuk tv dah aku tengok. Nasib baik tak boleh masuk, kalau tak, tiba-tiba hilang kene telan dengan tv sampai aku tak perasan. Ekekeke.

Begitulah ceritanya..so lepas nie masuk belajar, konpem aku busy ya amat. Konpem rindu dekat ibu rindu bilik aku rindu tv. eh semua lah aku rindu. Mudah-mudahan segalanya di permudahkan..insyaAllah.. :)

Till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)
Xoxo.





No comments:

Post a Comment