Wednesday 6 February 2013

Wishlist ! :D

Assalamualaikum semua !

semangat semangat! Ini lah barisan kita..yang ikhlas berjuang..siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi..wah wah mentang-mentang kau tengok bola semalam, semangat sampai pagi nie ye cik bedah. muehehe. Okay bola kalah semalam dengan Qatar..Tak pelah, tak ada rezeki. Lagi pun player Qatar nie semua tinggi-tinggi langkah lari punya lah lebar. Player kita lari dua langkah. Player Qatar plak lari satu langkah. Tak terkejar dik oi (cakap macam tahu sangat je pasal bola.tett..) Next game Malaysia vs Yaman, stadium Bukit jalil pada 22 March. Jangan lupa tengok (dah macam aku nie duta FAM plak). Pegi tanda kat kalender cepat. Hehe.

Hello semua ! Bonjour ! Ha rasanya tak terlambat lagi kot aku nak cakap pasal wish list aku. Eh eh dah kenapa aku macam main terjah laju semacam je ni? aku kan pelumba A1. Zzzz. korang mesti tak tahu kan? *krik krik krik* (bunyi cengkerik) . tak pe tak pe nie rahsia. korang je yang tahu taw. diam-diam eh? haha.

Mai mai nak bagi tahu wish list aku tahun nie. Tapi sebelum tu korang semua mesti ada wishlist dari awal-awal kan?pada yg tak ada tu tak pe, wishlist nie bukan nya apa saja konon nya bertujuan menaikkan semangat utk capai target tu. Sebenarnya aku pun baru terpkir pasal nie. kesian aku. Orang lain dah sampai ke bulan, aku terkapai-kapai naik sampan lagi. Sobsob. Tak pe lah, janji ada semangat wishlist utk di capai. Tak gitu kawan-kawan? angguk cepat!? (lagak bagaikan pemerintah diktator ala-ala Hitler) muehehe. bagus-bagus. macam tu lah.

Wishlist,

Pertama : harap sangat dapat sampai ke Tanah suci Mekah :) aminn..insyaAllah. semestinya nak ke arah yang lebih baik. Memperbaiki diri utk jadi a good Muslim (muka senyum innocent) hehe.

Kedua : nak lulus JPJ test. Ishh ishh cakap pasal nie, seram sampai naik bulu roma aku. Harap-harap la lulus. Uolls tak tahu sampai ketar lutut iolls nie blja driving. Punya lah nervous tu nak bagi tahu. Bhahaha.

Ketiga : hoping to get good cgpa in my first sem till final sem.InsyaAllah. Wanna make my parents proud of me.

Keempat : kalau yg keempat nie nak kahwin boleh?hahaha. Berangan je lah kau Bella. Bf pun tak ada. (patutnya wishlist nie kene letak last sekali).

Kelima : nak sangat pegi Istanbul. Tengok cerita yg Lisa Surihani berlakon tu terus teruja. Tempat-tempat dia alahai cantik sangat. Culture dia. Sejarah dia. Semua lah best !

Ha tu lah dia tuan-tuan dan puan-puan wishlist saya. Ada lagi, tapi yg tu je lah kot dulu.

P/s : abaikan wishlist yg keempat tu. saja je nak buat lawak. Lawak ke?haha langsung tak. Sebenarnya nk bagi korang suspen je. Hikhik.

Okay till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum. :)

Sunday 3 February 2013

Aktiviti harian. :)

Assalamualaikum..

Sambil tunggu masuk untuk sambung blaja bulan 4 nie, rasanya aku dah duduk rumah dalam 6 bulan. Dalam erti kata lain, tanam anggur yg memang tak berbuah. Muehehe. Ibu cakap tak payah keje, tunggu je terus masuk belajar. okay, saya menurut perintah Puan besar hehe. dalam hati, kemain suka lagi dapat duduk rumah rehat sebelum busy masuk blja menuntut ilmu. mihmih. Mesti korang ingat aku duduk rumah rileks boleh golek-golek atas katil lama-lama kan?nope, salah. Jawapan anda semua salah. Eceh. Cuti kan, ini lar keje aku. Biasalah ghumah takde orang gaji. Aku duduk rumah pun macam orang bekerja. Cuma kelebihannya dapat tengok tv. Orang kerja mana nak dapat tgk tv. Nanti tengok tv, tak pasal-pasal bos potong gaji kau. Bhahaha. Aktiviti aku hari-hari macam biasa lah bangun solat subuh, mandi, tengok 'Tanyalah Ustaz', tgk 'Rasul yg kata' dan tgk 'Upin Ipin' (nampak tu punya lah pagi-pagi tv aku dah bekerja keras) .Ekeke. Tak pe2 pagi-pagi tengok ceramah ilmu agama berkat sikit hehe. by the time start rancangan 'Tanyalah Ustaz' tu aku mesin baju dulu. so nanti dah abis upin ipin terus jemur. jimat masa kat situ. ekeke. apa punya jimat lah..Ha lepas tu keluar lah aku dari kepompong jemur kain sambil borak-borak dengan nenek jiran sebelah. Bila dah borak, kemain lama lagi nak berenti. Sekurang-kurangnya nenek tak de lah bosan duduk rumah sorang-sorang. Nasib ada aku yg tanam anggur kat rumah sekarang nie. Boleh buat peneman berbual di kala pagi hari untuk menceriakan hari. Dah macam tulis novel pulak aku rasa.

lepas tu, aku mulakan lah keje aku yg terbengkalai malai dek terlalu khusyuk berborak dengan nenek. jadi bermula lah aktiviti cleaning mngemas dan sebagainya..Vacuum..menyapu..lap-lap perabot..hamboii, kemain rajin lagi. Hahaha anak sape lar nie. Boleh lar lepas nie sape-sape nak isi borang. hahaha. Lepas dah siap semua tu baru aku rileks tgk tv. nie part yg paling aku suka nie. Rileks rehat-rehat duduk di atas sofa yg sgt empuk sambil menonton tv. nasib tak de pop corn, kang dah macam tgk wayang plak haku. Bila dah tengah hari, baru masuk dapur memasak dengan hati yg girang. Lalalalala~

Kadang-kadang kalau mak cik aku keje, aku tolong jaga anak-anak dia. See, aku pun busy mcm org kje tahu. Busy amik lesen kete lagi. Wah wah wah..mcm busy sgt je kau Bella. Mihmih. Busy lar jgk tu, at least terluang jgk masa aku duduk rumah ada budak dua orang tu. si adik nie manja sgt, anak last kan. Si abang plak suka sgt tgk tv smpi macam nak masuk tv dah aku tengok. Nasib baik tak boleh masuk, kalau tak, tiba-tiba hilang kene telan dengan tv sampai aku tak perasan. Ekekeke.

Begitulah ceritanya..so lepas nie masuk belajar, konpem aku busy ya amat. Konpem rindu dekat ibu rindu bilik aku rindu tv. eh semua lah aku rindu. Mudah-mudahan segalanya di permudahkan..insyaAllah.. :)

Till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)
Xoxo.





Wednesday 30 January 2013

A short vacation yet fun :)

Assalamualaikum semua..

Hai..lama dah rasanya eden tak menjengah ke dalam eden punye blog nie (cewah dah macam rumah plak). Apa kabar semua?adakah korang sihat atau bertambah sihat macam pipi aku?muehehe. Korang tak tahu pipi aku nie dah macam di pam-pam dah sekarang nie. ishh ishh kesian aku. haha. okay mari rapat mari dekat ini ada cerita baik punya. mihmih.

Hari ahad yg lepas cuti Thaipusam, aku dan family take a chance bercuti ke Melaka. Ha ye cik bedah oi Melaka hokeyh. Kami stay di Klebang beach resort. Sesampai nya d sana pun sudah petang, so apa lagi, swimming pool dah terbentang luas bagaikan mengalu-alukan kedatangan aku dan sepupu-sepupu aku utk terjun ke dalamnya.muehehe. Ikut hati, memang tak nak terjun pun.oleh kerana excited tengok sepupu-sepupu aku nak swimming punya pasal, jadi nya terhasut jugak lah.hahaha.ayat tak boleh blah betol.

So berenang punya berenang (padahal aku tak berenang pun, jalan2 dlm air je), tengok-tengok jam menunjukkan pukul 4.30. Kena cepat-cepat g mandi, solat dan siap-siap utk makan ikan bakar kat Umbai. So aktiviti utk hari tu, mandi dan menyantap ikan bakar Umbai sahaja. Cakap pasal ikan bakar kat Umbai nie mesti korang tahu kan?yup, popular sgt tempat nie dgn menu ikan bakar nya. Sape-sape yg g Melaka tak sah kalau tak singgah makan ikan bakar kat sini. Cerita pasal ikan bakar Umbai nie, nak bagi tahu punya lah ramai yg dtg makan sampai nak carik parking pun susah taw uolls. Penat abah iolls pusing cari-cari parking. Memang pack sgt. Dah macam tin sardin dah. Haha kesian sardin, mesti dia yg dapat nama. asal tempat sempit je keluar nama sardin. cuba guna nama lain mcm biskut ke..milo ke..kan sedap..Sedap sikit makan petang-petang macam nie. haha tak masuk akal. Kesian kau sardin. Apa boleh buat, dah nasib badan..kikikii.

korang nak tahu tak?beratur nak pilih ikan pun punyalah panjang. Lama plak tu. tak putus-putus orang beratur. Akhirnya penantian berbaloi (berbaloi sebab aku nie kuat makan, selera memang tgh on masa tu tgk lauk-lauk jiran meja-meja sebelah.haha) makanan sampai satu persatu. Santapan pertama, udang dan sotong goreng tepung. Maaf, di sebabkan terlalu teruja tengok udang nya yg besar lagikan tembam tu di tambah plak dgn lapar, jadi tak sempat nak amik gambar. Langsung lupa akan camera ku di riba. ( ishh ishh anak dara sape lah nie). Ngehngeh. Next, ketam masak merah dan ketam black paper. Nyumm nyumm. Cuba korang bayangkan sampai keluar awan-awan. Haha. Kejam betol aku. Menu yg last ikan apa entah nama dia. Serius besar ikan dia :O terkejut eden tengok. Haha. Satu masak 3 rasa, satu lagi masak ape ye?tak sure. Aku main tibai je makan. Haha tak ada lah mana ada sampai tibai. Ishh buruknya perangai.ngehngeh.

Ha lepas makan ikan bakar Umbai tu, kami pun bergerak ke Bandar Hilir to ride river cruise. wohoooo! Seronookk ya amatt ! Belum naik lagi dah semangat. aku memang cepat teruja. harap maklum. Heheh. Tapi yg nie pun sama, beratur panjang jugak. Sampai-sampai je situ mata seakan-akan terpersona dgn deretan-deretan beca yg di hiasi pelbagai corak. Ada bentuk love..ada hello kitty..tapi yg hello kitty nie memang comel sgt. aku geramm je tgk. rasa nak bwk balik je. eceh, kang ada owner beca tu kejar aku sampai kl. hahaha. macam-macam ada..ha dah boleh dah nie jd duta Astro. Dekat situ kan ada orang busking taw. Sedaap ooo suara dorang. Serius sedap. Tapi aku malu nak g amik gambar dgn dorang (ececeh, malu plak kau ye Bella). Nanti kang aku tiba-tiba berdiri sebelah dorang sambil senyum-senyum kambing, mesti dorang pelik eh2 dah knape minah nie senyum sorang-sorang. Haha tak pasal-pasal dpt nama minah senyum kambing. Akhirnya sampai jgk turn kami utk naik river cruise tu..mataku sekali lagi terpesona dengan keindahan deretan-deretan kedai dengan reka bentuknya dengan lighting lampu-lampunya. Memang sangat-sangat cantik. So aku nk syorkan, kalau korang nak naik Melaka river cruise, pegi waktu malam. Heheh dgn bangganya suruh pegi waktu malam. Sebab malam lagi cantik dgn lighting lampu semua. Esoknya, kami menaiki Menara Taming Sari dan seterusnya pulang ke kl.

Till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)





























Thursday 17 January 2013

Have you guys ever think about your future?

Assalamualaikum..
Okay, kali ini entri seakan-akan skema, pantas, tuntas lagikan nerd. Haha padahal sama je makna nya. So, back on the track. Lepas korang spm, mesti masa tu korang tak tahu ke mana arah tuju kan?i bet, sebelum spm lagi korang tercari-cari ke manakah hala tuju yg nak dibawa. Aku pun begitu jgk. Carik punya carik still tak jumpa. Dah macam gali lubang je. Nak ke arah bidang perundangan, ishh macam tak kuat je. Padahal masa spm, aku siap amik subjek tambahan. Konon-konon nak jadi peguam syariah. Mesti korang tengok muka aku macam tak sesuai kn amik law. Yup, memang tak sesuai pun *eh, mengaku plak kau Bella*. Dan dalam sedang mencari-cari aku seakan sedar bahawa minat aku lebih kepada bio sains dan seumpamanya. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk mengambil bidang makmal perubatan. And yes, aku rasa aku memang suka bidang nie. Sangat serasi dengan aku. I've learnt how our body system functioning, each part including our tissues, cells, body fluids and many more. Masa mula-mula belajar tu tipulah kalau cakap tak geli sebab kita kena handle body fluids. Tapi alhamdulillah lama-kelamaan rasa geli tu dah tak ada. Bila kita belajar how each part tu functioning, rasa macam interesting sangat-sangat. Betapa hebat kuasa Allah menciptakan kita semua.

Tapi kan, bila orang tanya, ' belajar kat mana? ' . Beljar kat sekian sekian. then orang tu pun cakap ' ooo IPTS' . okay tak pe, jangan pedulikan kata orang. buktikan yg kita pun boleh berjaya jugak. tak semua yg tak masuk IPTA tak boleh berjaya. so, think positive k guys?buktikan dgn belajar kt IPTS pun kita boleh menandingi graduan IPTA. eceh, kata-kata semangat plak.

Alhamdulillah dengan usaha dan berkat doaku doa kedua ibu bapaku, akhirnya dpt jgk konvo dgn cgpa yg baik. Alhamdulillah. The moral of the story is, dekat mana-mana pun kita belajar, buktikan yang kita boleh berjaya. Boleh make our parents proud of us. Dan jangan berasa rendah diri disebabkan kita ni graduan IPTS. Be confident. Yang paling penting, kena usaha dan doa. :)
Till then, see ya.
Assalamualaikum.



Tuesday 15 January 2013

Bonding time.

Assalamualaikum..
Kemain tajuk entry macam belajar Kimia plak dah bonding-bonding nie. Covalent dan ionic bonding. Eceh, tu dia cikgu kimia anda hari ini. Okay murid-murid?Muehehe. Tapi bila tgk balik kepada theory ionic dan covalent bonding, macam ada kena mengena dengan tajuk entry tu. cuba korang pikir betol-betol. tajamkan pemikiran. cewaah dah macam pakar motivasi plak haku. cuba mengimbau balik theory kimia korang. ionic. ionic kan transfer and receive electron. macam tu lah jgk kita. memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang. bila dah memberi dan menerima kasih sayang sesama keluarga, kita jadi lah covalent bonding. iaitu kita share kasih sayang sesama kita. kan sweet tu. betol tak readers?wah fakta kasih sayang keluarga nie aku dah kaitkan plak dengan teori kimia. hahaha suka-suka aku je. Sekali-sekala nak be creative. Eh creative ke?mihmihmih.

Tgk tajuk entry mesti korang tahu. It is like precious time that we spend with our family. Yup. This is it. rasa happy bila dapat berkumpul ramai-ramai satu family. Rasa macam lengkap dengan adanya mereka. Bergelak ketawa. Bercerita itu bercerita ini. Macam biasa lah, aku dengan cousin aku suka jadi pendengar yg setia. Ngehngeh. Sebab yg selalu bercerita itu ini nie, mak cik-mak cik pak cik-pak cik dan ibu aku. Kebetulan pulak, Tok Ayah aku ada dtg dari Kelantan sebab nk buat check up specialist dekat sini, so bertambah meriah lah rumah mak cik aku tempat kami semua berkumpul. Macam-macam cerita ada *macam iklan Astro yg nenek tu selalu sebut*.

Masa Tok ayah mula-mula sampai sini, nampak sgt Tok ayah tak berapa sihat. Makan pun tak ada selera sgt. Sobsob. Sedih tgk..Tapi...bila dah semua berkumpul ramai-ramai, terpancar kegembiraan kehappyan keseronokan kebahagiaan kat muka Tok Ayah. Haha bahasa melayu aku memang mengerikan. Betul lah cakap orang, bila berkumpul ramai-ramai satu family, orang yg sakit pun boleh sihat. Kan kan?Boleh senyum sampai ke telinga lah wa cakap. Heheh. Sebab tu pentingnya 'bonding time' kita dgn family. Untuk merapatkan lagi silaturrahim. Eceh begitu sekali cikgu nie mengajar yep?

Paling aku happy sbb ada cousin aku. Aku memang paling rapat dgn dia. Nak cerita apa-apa pun dekat dia. Pendek kata, semua dgn dia lah. Haha. Makan sama. Tidur sama. Borak sama-sama. Mengadu apa-apa pun dekat dia. Taste kitorang pun sama je. tu yg membuatkan kitorang lagi rapat. Kalau jumpa dia, ada je lah cerita yg nk d ceritakan tu. dah macam surat khabar. sampai besok pun tak habis nak cerita. Muehehe. Ibarat dah macam adik aku dah.

Cousin aku nie keje masa cuti sekolah hari tu. saja nak mengisi masa. jadi bila dah dapat gaji, apa lagi aku pau lah. Hahaha *gelak macam mak tiri betol* Kejam sungguh. Tak ada lah, dia dah janji nak belanja aku makan. Apa lagi, aku pun dengan perasaan keterujaan yg tak boleh nak di bendung lagi, laju je ajak pergi makan. Mihmihmih. Punye lar happy sebab dapat spent time dengan my lovely cousin, ibu and aunty. Seronookk sgt ! Ha nampak tak punye panjang seronok tu. tu betol-betol menunjukkan yg aku memang seronok dan happy sgt-sgt sebab aku nie suka makan. Memang kuat makan. Muehehe.

Itu cerita lain. Okay yg nie nak cerita aku pergi makan dekat Cyberjaya pulak. Wah wah wah..banyak nya tempat aku pergi makan kan?harap maklum, aku memang suka makan *blushing*. Ngehngeh. Okay yg pergi makan nasi arab dekat Cyberjaya nie, aku yg beriya-iya ajak ibu pergi makan situ. Sebab dah craving lama dah nak makan nasi arab. Habis lah sape yg jadi suami aku nanti *tutup mata* Muehehe. hari tu craving makan Johnny's. nie nasi arab plak. nasib baik abah dan ibu layan kan aje craving aku nie. Muehehe. sebenarnya sambil tu nak bawak Tok Ayah merasa nasi arab. Nasi arab dekat Cyberjaya nie memang terkenal. Oh ye, lupa plak aku nak bagitahu nama restoran tu. nama dia Saba Restaurant. Restoran nie terletak dekat Cyberjaya 4. Dia selalu bukak dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Baru je bukak, dah penuh dah. Nampak sangat memang nasi arab dia popular. So sape-sape nak pergi tu, pergi awal-awal eh?dan jgn lupa ajak aku hokeyh?haha. Ceh siap bagi nasihat lagi.

Kalau cerita pasal nasi arab, mesti korang tahu dia popular dengan menu kambing kan?tapi aku tak berapa suka makan kambing. Tak tahu kenapa dari dulu lagi. Eh eh..apa yg kau suka makan nie Bella?semua kau tak makan. itik tak makan, kambing pun tak makan. Heheh. Aku suka makan ayam je. Hidup ayam ! Hahaha. Kemain semangat lagi haku. Dah macam nak bertanding politik dah aku perjuangkan ayam. Jadi, aku order grilled chicken. Yumm yumm..sebut je dah buat aku terliur dah. Haha korang pun mesti macam tu kan?jahat betol aku. Ada roasted chicken. bla bla..dan banyak lagi. Aku tak berapa nak ingat. Tapi korang nak tahu tak?nasi dia punye lah banyak. So aku nak cadangkan kalau korang nak pergi makan kat situ, satu pinggan nasi tu share dua orang. Hehe. Sebab kalau makan sorang, confirm tak habis punye. Nanti membazir. Tak elok membazir. Tok ayah pun cakap sedap nasi arab dia. See?tok ayah pun cakap sedap apa lagi yg kami-kami nie. Aku makan siap tambah nasi au. Punye lah sedap nak cakap tu sampai menambah-nambah nasi. Mihmihmih.

Okay, till then. See ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)











Monday 14 January 2013

Fall in love !

Assalamualaikum..
Hye semua ! Wah wah wah..tuu dia tajuk entry. mesti suspen je kan? mesti korang ingat fall in love dgn sape kan?hahaha korang dah terkena. *nada mak tiri yg berhati sgt lah busuk* . apekebenda lar yg nk d ceghita sama kome kan? kita kan satu Malaysia. pinjam kata kata PM skejap. Muehehe. Suka je bg korang fening kan? C-u-t-e t-h-i-n-g-s. Apekah itu?mesti lah benda benda yg korang rasa comel gila cute gila kat mata korang kan?rasanya, perempuan je yg mcm tu. lelaki ada ke perasaan keterujaan nmpk bnda bnda cute nie??setakat nie aku tak penah jumpa lagi lar. Ngehngeh. Berjalan jalan kat shopping mall tak sah kalau si perempuan nampak benda benda comel mesti akan menjerit bagaikan histeria. Dan dialog dia mcm nie 'eee..comelnya! ' tak pun korang akan ckp mcm nie ' Ya Allah cutenya! ' haha kan?mesti punye. So kalau sape sape yg keluar date tu, si lelaki kene lah buat buat paham ye tak?hahaha. Kesian org lelaki. Habis, pokai.

Aku pun mcm tu jgk. Pantang nmpk benda benda comels nie. Keterujaan tu terus dtg sepantas kilat bagaikan terkena renjatan elektrik. Heheh. Nowadays, byk sgt cute things yg ada. Especially, dkt bookstore. Hari Sabtu baru nie, aku ada singgah masuk kedai buku popular, d sebabkan cousin aku nak beli botol air. punye lah lama cousin aku nk pilih beli botol air yg mne satu idaman kalbu. haha nama lagi perempuan, mesti klau nak beli sesuatu tu kene pk betol betol yg mana paling cantik di mata. Iye dak?so, sementara nak tggu cousin aku tu memilih botol air dia, aku pun memulakan lah tawaf *nk menunjukkan yg mmg aku pusing satu bookstore* aku kat dlm bookstore tu. satu satu aku perhati sambil aku nak mencari novel ' Setia Hujung Nyawa'. And yup, aku sgt gemar membaca novel ! novel nie membuatkan kita berfantasi di alam sendiri. Sape yg baca novel tu mesti tahu. Muehehe. mesti masa korang baca novel tu berangan angan nk husband yg sweet mcm tu kn kn?Tapi sedih sgt, novel tu tak ada pun. Sob sob. Daripada note book, stationery, sampai lah ke botol air. Semua cute ! Ya Allah. rambang mata ooo tgk semua barang dlm tu. Ohh, mmg sgt sgt suke spent masa dkt bookstore. Haha. Cuci mata sana cuci mata sini. Opps, tapi bkn cuci mata yg itu okay?haha dah agak dah mesti korang pk cuci mata lain nie. Nie cuci mata tgk bnde bnde yg super cute ! Rasa mcm nk beli semua je ! Habis bankrup klau ddk lama lama dkt bookstore nie. Mihmihmih.

Till then. See ya.
Assalamualaikum.
Sebelum tu meh aku selitkan sikit gambar aku jmpe mobile phone stand yg super cute. Hasil daripada tawaf yg aku buat. Ngehngeh.

Friday 11 January 2013

Winter + Vacation. Perfecto !

Assalamualaikum..
Cakk! Tgk tajuk entry tiba tiba semangat semacam. Tiba tiba ter pk pasal vacation. Berapa byk tiba tiba daa..sejak sejak ibu asyik suruh aku check ticket flight online bila dia ada buat promotion. Start tu lar aku pun berangan angan mak jemah dgn ibu (tak nak guna mat jenin, sbb nie zaman millenium punye) ngehngehngeh. jadi semangat nak pergi vacation tu terpindah plak kat aku. Semangat baru lagikan excited bercampur gumbira nak bercerita pasal bercuti. Muehehe. Mesti korang pening baca ayat aku. Hahaha ( gelak bagai kan mak tiri yg berhati busuk ). Sape tak suka bercuti?semua orang suka kan?dan ada tempat yg memang teringin nk pegi kan?betul tak?anyway, aku pun ada jgk tempat yg teringin aku nk pegi dan aku dah pegi.

Dulu aku teringin nk pegi negara yg beriklim sejuk. Kenapakah?mengapakah?bagaikan masuk bilik soal siasat plak. Sebab aku teringin nak rasa salji dan sejuk tu mcm mana. Aku suke sgt salji semenjak menjak tengok cerita Korea yg mula mula ada kat Malaysia dulu tu. Cerita winter sonata. I bet mesti ramai tak kan penah lupa kan cerita tu?hero dia kn hensem. mihmihmih. cerita tu kalau tgk, tak sah kalau tak ada keluar air mata. Aipp aipp jgn nak tipu, korang pun nangis jgk kn kn?Haha nmpk sgt aku betol betol menghayati. yg menjadikan cerita tu bertambah menarik cantik lagi kan tertarik kau memang debom (tiba tiba terbayang lagu Ruffedge) apabila tempat tempat lakonan tu berlatar belakangkan tempat tempat yg di penuhi salji yg sgt cantik! Eh betol ke ayat aku tadi?yg 'berlatar belakangkan' tu?ermm aku rasa mcm pelik plak bunyi dia. Eh lantak lah, janji korang paham. Heheh. Korang perasan tak, boleh di katakan cerita Korea, semua cantik cantik tempat dia. Bersih je. Yg paling aku suka, org Korea nie betol betol hormat sesama mereka. Sama jgk mcm orang Jepun. Sangat bersopan santun dan berdedikasi. Dah mcm tag line polis dah.

Alhamdulillah mungkin ini rezeki yg Allah beri, akhirnya pada tahun 2009, aku dpt pegi bercuti di negara beriklim sejuk. Tapi bkn Korea yg mcm aku sebut sebut tadi. Tapi aku ke Beijing, China. Tak pelah tak dpt pegi korea pun. tak ade rzeki, lain kali lar agaknya, insyaAllah. Hihi.aku pegi Beijing dlm awal bulan 12. Dan selama 5hari 4malam. Dah mcm org keje dkt pejabat tourist plak aku explain. penghujung tahun so phm phm lar mesti lar musim sejuk salji kat sana. Wohoo ! Tgk, cerita pun da excited. Blom tgk lagi muka aku yg happy gila nie. Haha. Tapi unfortunately, mse aku pegi tu, kat sana baru je dua hari sebelum tu da bersalji. Jadi tak sempat lar aku nk merasa salji tu mcm mana. Tak ada rezeki :( sob sob. Dari sini nk ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam. Aku sampai dah tak tahu nk buat apa dlm kapal terbang tu. tido bangun makan tido bangun makan, tak smpai smpai jugak. Duduk mengadap awan kat tepi tingkap seakan akan rasa mcm kapal terbang tu tak bergerak je. Macam sama je awan aku tgk dari kl sampai lah ke Beijing. Haha. Masa nk mendarat tu, pilot dah siap bg tahu temperature kt situ. Masa tu temperature 8 degree celcius. So sesudah turun flight tu, cepat cepat aku ibu dan aunty pakai baju sejuk. First time rasa sejuk dan jejak kaki di Beijing,rasa happy dan excited okay. Hehehe. Tapi yg paling sejuk masa kami pegi ke stadium Bird's Nest. Bayangkan, dekat situ kawasan dia sgt lah lapang jadi angin mmg kuat. Dgn sejuknya. Dgn temperature mencecah -4 degree Celsius ok. Serius, aku mmg dah tak tahan masa tu. sejuk yg tak boleh nk d gambarkan. Cewaah.

Okay ini lagi best. Mesti korang tahu apa bnde y trdapat di China yg menjadi warisan dunia yg d wartakan oleh UNESCO pada tahun 1987 tak silap aku. Haha dah mai dah dah mai dah cikgu sejarah, tu diaaa. Kihkih. Okay aku mengaku aku mmg minat sejarah. Suka akan kisah kisah lama. Suka akan fakta. that's me. so sape yg ckp tak suka sejarah tu aku mcm pelik sikit. Heheh. Sebenarnya daripada sejarah itu lah kita akan dapat pengetahuan, kesedaran, menghargai apa yg kita ada sekarang ni. Ececeh, tu dia semngat sejarah! Ha berbalik kpd soaln aku tadi tu kan, mesti korang tahu. Ha pandai pun! Betul tu ! Tembok besar China ataupun di kenali sbgai The Great Wall. First time tgk depan mata, sgt sgt kagum dgn orang China zaman Dinasti dulu dulu mcm mana lah dorang buat Great Wall yg gah ni. Korang nak tahu tak ape purpose Dinasti dlu buat Great Wall tu?tujuan nya supaya senang nak pantau pihak musuh oleh kerana Great Wall nie betol betol berhampiran sempadan dgn Mongolia. Tapi apa yg membanggakan, Great Wall tu panjang dia beribu ribu km. Dan mengambil masa hampir 100 tahun utk disiapkan dan beribu pekerja jgk lah yg di kerah utk menyiapkan Tembok besar China ni. Panjat Great Wall dgn cuaca yg sejuk agak memenatkan jgk, dan bibir sgt sgt kering. So pengajaran kat sini, kene minum air masak byk byk ye readers sekalian. Mnum 8 gelas sehari ( pesanan ini di bawakan khas oleh kementerian kesihatan) haha dah mcm iklan plak. ceh pandai nasihat orang. Yg paling aku tabik, aunty aku lg kuat dari aku nk panjat Great Wall tu. haha. Dia smpi dlu dari aku. Ishh ishh malu malu. Org muda pun tak larat nk panjat. :D

Ha, korang penah mkn itik tak?ishh nie yg aku nk cerita nie. Tekak aku lgsung tak boleh terima itik. Sebab isi dia tak memejal mcm ayam. Aku rasa mcm geli geli nk makan sbb dia lembut semacam. Haha. tu lar menu utama dorang. Tapi yg paling best, kat sana mmg ada nasi goreng Cina yg mcm kita selalu order kt kedai tom yam tu. tak sangka kat sana pun ada nasi goreng cina. ke mmg asal nasi goreng cina tu dari sana??oooo baru aku tahu knpe nasi goreng tu d panggil nasi goreng china. Muehehe. Antara tempat lain yg aku pegi ialah Tiannamen Square, The Forbidden City, Summer Place dan tempat persembahan acrobatic. Forbidden city tu adalah Kota Larangan. Di mana tempat maharaja Dinasti bersemayam bersama gundik gundiknya. Kali pertama masuk dan lihat dgn mata kepala sendiri bukan mcm dlm tv, dlm hati aku sgt kagum. Bayangkan kawasan istana dia punye lah luas ya amat. Lepas satu satu pintu masuk dia. Punye lah susah. Tiba tiba aku ter pk, mesti penat orang orang kat dlm istana nie nak berjalan ke luar istana. Sebab jauh ooo uolls. Hihi.

Tapi kita sebagai umat Islam semua mesti teringin nk ke Mekah. Begitu jgk aku. Mudah mudahan kita semua akan dpt smpi ke sana. Menjejakkan kaki di Tanah suci. Mendekatkan diri lagi pada Allah. Aminn..

Okay, sampai sini sahaja ye.
Till then.
Thanks for reading this.
P/s : sorry gambar tak clear sbb softcopy dah terdelete. Sob sob. Jadi yg ada, hanya lah hard copy. :(
Assalamualaikum.
Much love, Bella Azlan.