Wednesday 30 January 2013

A short vacation yet fun :)

Assalamualaikum semua..

Hai..lama dah rasanya eden tak menjengah ke dalam eden punye blog nie (cewah dah macam rumah plak). Apa kabar semua?adakah korang sihat atau bertambah sihat macam pipi aku?muehehe. Korang tak tahu pipi aku nie dah macam di pam-pam dah sekarang nie. ishh ishh kesian aku. haha. okay mari rapat mari dekat ini ada cerita baik punya. mihmih.

Hari ahad yg lepas cuti Thaipusam, aku dan family take a chance bercuti ke Melaka. Ha ye cik bedah oi Melaka hokeyh. Kami stay di Klebang beach resort. Sesampai nya d sana pun sudah petang, so apa lagi, swimming pool dah terbentang luas bagaikan mengalu-alukan kedatangan aku dan sepupu-sepupu aku utk terjun ke dalamnya.muehehe. Ikut hati, memang tak nak terjun pun.oleh kerana excited tengok sepupu-sepupu aku nak swimming punya pasal, jadi nya terhasut jugak lah.hahaha.ayat tak boleh blah betol.

So berenang punya berenang (padahal aku tak berenang pun, jalan2 dlm air je), tengok-tengok jam menunjukkan pukul 4.30. Kena cepat-cepat g mandi, solat dan siap-siap utk makan ikan bakar kat Umbai. So aktiviti utk hari tu, mandi dan menyantap ikan bakar Umbai sahaja. Cakap pasal ikan bakar kat Umbai nie mesti korang tahu kan?yup, popular sgt tempat nie dgn menu ikan bakar nya. Sape-sape yg g Melaka tak sah kalau tak singgah makan ikan bakar kat sini. Cerita pasal ikan bakar Umbai nie, nak bagi tahu punya lah ramai yg dtg makan sampai nak carik parking pun susah taw uolls. Penat abah iolls pusing cari-cari parking. Memang pack sgt. Dah macam tin sardin dah. Haha kesian sardin, mesti dia yg dapat nama. asal tempat sempit je keluar nama sardin. cuba guna nama lain mcm biskut ke..milo ke..kan sedap..Sedap sikit makan petang-petang macam nie. haha tak masuk akal. Kesian kau sardin. Apa boleh buat, dah nasib badan..kikikii.

korang nak tahu tak?beratur nak pilih ikan pun punyalah panjang. Lama plak tu. tak putus-putus orang beratur. Akhirnya penantian berbaloi (berbaloi sebab aku nie kuat makan, selera memang tgh on masa tu tgk lauk-lauk jiran meja-meja sebelah.haha) makanan sampai satu persatu. Santapan pertama, udang dan sotong goreng tepung. Maaf, di sebabkan terlalu teruja tengok udang nya yg besar lagikan tembam tu di tambah plak dgn lapar, jadi tak sempat nak amik gambar. Langsung lupa akan camera ku di riba. ( ishh ishh anak dara sape lah nie). Ngehngeh. Next, ketam masak merah dan ketam black paper. Nyumm nyumm. Cuba korang bayangkan sampai keluar awan-awan. Haha. Kejam betol aku. Menu yg last ikan apa entah nama dia. Serius besar ikan dia :O terkejut eden tengok. Haha. Satu masak 3 rasa, satu lagi masak ape ye?tak sure. Aku main tibai je makan. Haha tak ada lah mana ada sampai tibai. Ishh buruknya perangai.ngehngeh.

Ha lepas makan ikan bakar Umbai tu, kami pun bergerak ke Bandar Hilir to ride river cruise. wohoooo! Seronookk ya amatt ! Belum naik lagi dah semangat. aku memang cepat teruja. harap maklum. Heheh. Tapi yg nie pun sama, beratur panjang jugak. Sampai-sampai je situ mata seakan-akan terpersona dgn deretan-deretan beca yg di hiasi pelbagai corak. Ada bentuk love..ada hello kitty..tapi yg hello kitty nie memang comel sgt. aku geramm je tgk. rasa nak bwk balik je. eceh, kang ada owner beca tu kejar aku sampai kl. hahaha. macam-macam ada..ha dah boleh dah nie jd duta Astro. Dekat situ kan ada orang busking taw. Sedaap ooo suara dorang. Serius sedap. Tapi aku malu nak g amik gambar dgn dorang (ececeh, malu plak kau ye Bella). Nanti kang aku tiba-tiba berdiri sebelah dorang sambil senyum-senyum kambing, mesti dorang pelik eh2 dah knape minah nie senyum sorang-sorang. Haha tak pasal-pasal dpt nama minah senyum kambing. Akhirnya sampai jgk turn kami utk naik river cruise tu..mataku sekali lagi terpesona dengan keindahan deretan-deretan kedai dengan reka bentuknya dengan lighting lampu-lampunya. Memang sangat-sangat cantik. So aku nk syorkan, kalau korang nak naik Melaka river cruise, pegi waktu malam. Heheh dgn bangganya suruh pegi waktu malam. Sebab malam lagi cantik dgn lighting lampu semua. Esoknya, kami menaiki Menara Taming Sari dan seterusnya pulang ke kl.

Till then, see ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)





























No comments:

Post a Comment