Thursday 17 January 2013

Have you guys ever think about your future?

Assalamualaikum..
Okay, kali ini entri seakan-akan skema, pantas, tuntas lagikan nerd. Haha padahal sama je makna nya. So, back on the track. Lepas korang spm, mesti masa tu korang tak tahu ke mana arah tuju kan?i bet, sebelum spm lagi korang tercari-cari ke manakah hala tuju yg nak dibawa. Aku pun begitu jgk. Carik punya carik still tak jumpa. Dah macam gali lubang je. Nak ke arah bidang perundangan, ishh macam tak kuat je. Padahal masa spm, aku siap amik subjek tambahan. Konon-konon nak jadi peguam syariah. Mesti korang tengok muka aku macam tak sesuai kn amik law. Yup, memang tak sesuai pun *eh, mengaku plak kau Bella*. Dan dalam sedang mencari-cari aku seakan sedar bahawa minat aku lebih kepada bio sains dan seumpamanya. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk mengambil bidang makmal perubatan. And yes, aku rasa aku memang suka bidang nie. Sangat serasi dengan aku. I've learnt how our body system functioning, each part including our tissues, cells, body fluids and many more. Masa mula-mula belajar tu tipulah kalau cakap tak geli sebab kita kena handle body fluids. Tapi alhamdulillah lama-kelamaan rasa geli tu dah tak ada. Bila kita belajar how each part tu functioning, rasa macam interesting sangat-sangat. Betapa hebat kuasa Allah menciptakan kita semua.

Tapi kan, bila orang tanya, ' belajar kat mana? ' . Beljar kat sekian sekian. then orang tu pun cakap ' ooo IPTS' . okay tak pe, jangan pedulikan kata orang. buktikan yg kita pun boleh berjaya jugak. tak semua yg tak masuk IPTA tak boleh berjaya. so, think positive k guys?buktikan dgn belajar kt IPTS pun kita boleh menandingi graduan IPTA. eceh, kata-kata semangat plak.

Alhamdulillah dengan usaha dan berkat doaku doa kedua ibu bapaku, akhirnya dpt jgk konvo dgn cgpa yg baik. Alhamdulillah. The moral of the story is, dekat mana-mana pun kita belajar, buktikan yang kita boleh berjaya. Boleh make our parents proud of us. Dan jangan berasa rendah diri disebabkan kita ni graduan IPTS. Be confident. Yang paling penting, kena usaha dan doa. :)
Till then, see ya.
Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment