Tuesday 15 January 2013

Bonding time.

Assalamualaikum..
Kemain tajuk entry macam belajar Kimia plak dah bonding-bonding nie. Covalent dan ionic bonding. Eceh, tu dia cikgu kimia anda hari ini. Okay murid-murid?Muehehe. Tapi bila tgk balik kepada theory ionic dan covalent bonding, macam ada kena mengena dengan tajuk entry tu. cuba korang pikir betol-betol. tajamkan pemikiran. cewaah dah macam pakar motivasi plak haku. cuba mengimbau balik theory kimia korang. ionic. ionic kan transfer and receive electron. macam tu lah jgk kita. memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang. bila dah memberi dan menerima kasih sayang sesama keluarga, kita jadi lah covalent bonding. iaitu kita share kasih sayang sesama kita. kan sweet tu. betol tak readers?wah fakta kasih sayang keluarga nie aku dah kaitkan plak dengan teori kimia. hahaha suka-suka aku je. Sekali-sekala nak be creative. Eh creative ke?mihmihmih.

Tgk tajuk entry mesti korang tahu. It is like precious time that we spend with our family. Yup. This is it. rasa happy bila dapat berkumpul ramai-ramai satu family. Rasa macam lengkap dengan adanya mereka. Bergelak ketawa. Bercerita itu bercerita ini. Macam biasa lah, aku dengan cousin aku suka jadi pendengar yg setia. Ngehngeh. Sebab yg selalu bercerita itu ini nie, mak cik-mak cik pak cik-pak cik dan ibu aku. Kebetulan pulak, Tok Ayah aku ada dtg dari Kelantan sebab nk buat check up specialist dekat sini, so bertambah meriah lah rumah mak cik aku tempat kami semua berkumpul. Macam-macam cerita ada *macam iklan Astro yg nenek tu selalu sebut*.

Masa Tok ayah mula-mula sampai sini, nampak sgt Tok ayah tak berapa sihat. Makan pun tak ada selera sgt. Sobsob. Sedih tgk..Tapi...bila dah semua berkumpul ramai-ramai, terpancar kegembiraan kehappyan keseronokan kebahagiaan kat muka Tok Ayah. Haha bahasa melayu aku memang mengerikan. Betul lah cakap orang, bila berkumpul ramai-ramai satu family, orang yg sakit pun boleh sihat. Kan kan?Boleh senyum sampai ke telinga lah wa cakap. Heheh. Sebab tu pentingnya 'bonding time' kita dgn family. Untuk merapatkan lagi silaturrahim. Eceh begitu sekali cikgu nie mengajar yep?

Paling aku happy sbb ada cousin aku. Aku memang paling rapat dgn dia. Nak cerita apa-apa pun dekat dia. Pendek kata, semua dgn dia lah. Haha. Makan sama. Tidur sama. Borak sama-sama. Mengadu apa-apa pun dekat dia. Taste kitorang pun sama je. tu yg membuatkan kitorang lagi rapat. Kalau jumpa dia, ada je lah cerita yg nk d ceritakan tu. dah macam surat khabar. sampai besok pun tak habis nak cerita. Muehehe. Ibarat dah macam adik aku dah.

Cousin aku nie keje masa cuti sekolah hari tu. saja nak mengisi masa. jadi bila dah dapat gaji, apa lagi aku pau lah. Hahaha *gelak macam mak tiri betol* Kejam sungguh. Tak ada lah, dia dah janji nak belanja aku makan. Apa lagi, aku pun dengan perasaan keterujaan yg tak boleh nak di bendung lagi, laju je ajak pergi makan. Mihmihmih. Punye lar happy sebab dapat spent time dengan my lovely cousin, ibu and aunty. Seronookk sgt ! Ha nampak tak punye panjang seronok tu. tu betol-betol menunjukkan yg aku memang seronok dan happy sgt-sgt sebab aku nie suka makan. Memang kuat makan. Muehehe.

Itu cerita lain. Okay yg nie nak cerita aku pergi makan dekat Cyberjaya pulak. Wah wah wah..banyak nya tempat aku pergi makan kan?harap maklum, aku memang suka makan *blushing*. Ngehngeh. Okay yg pergi makan nasi arab dekat Cyberjaya nie, aku yg beriya-iya ajak ibu pergi makan situ. Sebab dah craving lama dah nak makan nasi arab. Habis lah sape yg jadi suami aku nanti *tutup mata* Muehehe. hari tu craving makan Johnny's. nie nasi arab plak. nasib baik abah dan ibu layan kan aje craving aku nie. Muehehe. sebenarnya sambil tu nak bawak Tok Ayah merasa nasi arab. Nasi arab dekat Cyberjaya nie memang terkenal. Oh ye, lupa plak aku nak bagitahu nama restoran tu. nama dia Saba Restaurant. Restoran nie terletak dekat Cyberjaya 4. Dia selalu bukak dalam lebih kurang pukul 12 tengah hari. Baru je bukak, dah penuh dah. Nampak sangat memang nasi arab dia popular. So sape-sape nak pergi tu, pergi awal-awal eh?dan jgn lupa ajak aku hokeyh?haha. Ceh siap bagi nasihat lagi.

Kalau cerita pasal nasi arab, mesti korang tahu dia popular dengan menu kambing kan?tapi aku tak berapa suka makan kambing. Tak tahu kenapa dari dulu lagi. Eh eh..apa yg kau suka makan nie Bella?semua kau tak makan. itik tak makan, kambing pun tak makan. Heheh. Aku suka makan ayam je. Hidup ayam ! Hahaha. Kemain semangat lagi haku. Dah macam nak bertanding politik dah aku perjuangkan ayam. Jadi, aku order grilled chicken. Yumm yumm..sebut je dah buat aku terliur dah. Haha korang pun mesti macam tu kan?jahat betol aku. Ada roasted chicken. bla bla..dan banyak lagi. Aku tak berapa nak ingat. Tapi korang nak tahu tak?nasi dia punye lah banyak. So aku nak cadangkan kalau korang nak pergi makan kat situ, satu pinggan nasi tu share dua orang. Hehe. Sebab kalau makan sorang, confirm tak habis punye. Nanti membazir. Tak elok membazir. Tok ayah pun cakap sedap nasi arab dia. See?tok ayah pun cakap sedap apa lagi yg kami-kami nie. Aku makan siap tambah nasi au. Punye lah sedap nak cakap tu sampai menambah-nambah nasi. Mihmihmih.

Okay, till then. See ya.
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum :)











No comments:

Post a Comment